Peta Kampung Mela

Saturday, April 16, 2011

PENDUDUK KAMPUNG MELA IKUTI PERKEMBANGAN SEMASA.


Terdapat sebanyak dua (2) halaman di facebook yang menjadi penyambung silatulrahim antara anak-anak perantauan untuk bersama-sama berbincang dan memberikan buah fikiran untuk dikongsi bersama demi memajukan kampung tercinta.

KAMPUNG MELA TENGAH MASA DAHULU (1960an).

Kampung Mela Tengah di tahun-tahun 1960an dahulu merupakan sebuah penempatan yang amat meriah sekali. Dengan jumlah penduduk yang agak ramai berbanding pada masa sekarang yang tinggal hanya beberapa buah rumah sahaja. Di sinilah aku tinggal bersam keluarga tersayang.....

AKTIVITI BELIA DI KAMPUNG MELA.


KUALA LIPIS 7 April - Skuad Prihatin Gerakan Belia 4B (Belia 4B) Lipis mengambil inisiatif membaik pulih rumah seorang warga emas, Kamariah Ibrahim, 75, di Kampung Mela Hilir dekat sini baru-baru ini.
Program gotong-royong selama dua hari melibat 20 ahli skuad itu diketuai Pengerusi Belia 4B Pahang, Ahmad Daniar Ismail.

Selain membaik pulih rumah, Kamariah turut menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM500 dan hamper makanan. Hadir sama, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Lipis, Badrul Hisam Mat Yasin dan Bendahari Majlis Belia Lipis (MBL), Ruzaidi Musa. Ahmad Daniar ketika ditemui berkata, pihaknya terpanggil untuk membantu warga emas terbabit selepas menerima laporan mengenai kesulitan hidupnya daripada Belia 4B cawangan Kampung Mela, baru-baru ini.

''Kami turun beramai-ramai bergotong-royong membantu membaik pulih bahagian dapur, dinding dan atap rumahnya yang rosak. Kami juga memberi sumbangan tikar getah supaya rumah warga emas ini ceria," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Kampung Mela Hilir, dekat sini semalam.
Menurut Ahmad Daniar, program kemasyarakatan itu bertujuan menerapkan nilai-nilai kasih sayang antara golongan belia dengan warga emas, ibu tunggal dan penduduk miskin luar bandar.

Sementara itu, Ruzaidi berkata, MBL berterima kasih kepada Belia 4B Lipis yang melaksanakan tanggungjawab sosialnya kepada penduduk di sini. ''Kita berbangga dengan komitmen yang ditunjukkan golongan belia untuk membantu meringankan beban penduduk miskin," katanya.

Menurut beliau, kegiatan seumpama itu dapat mengeratkan hubungan antara Belia 4B yang bernaung di bawah MBL dengan agensi tertentu.Dalam pada itu, Kamariah yang tinggal bersendirian bersyukur dan berterima kasih kepada Belia 4B Pahang dan MBL kerana bergotong-royong menyiapkan rumahnya.

Dipetik dari UtusanOnline.