Peta Kampung Mela

Friday, October 7, 2011

Blog Kampung Mela, Nostalgia, "First Love" Dan Sejarah

Novel karya hasil tulisan anak Kampung Mela pada tahun 1962 yang pernah menjadi buku teks sastera Sekolah Menengah Malaysia.

WZWH baru terjumpa blog Kampung Mela. Blog ini dicipta pada Oktober 2010. Tidak diketahui siapa bloggernya tapi tentu anak Kampung Mela.

Penulis blog menghasilkan 52 posting semuanya berkenaan Kampung Mela. Semua posting dibuat pada bulan Oktober 2010. Selepas itu tiada posting dihasilkan. WZWH suka blogger yang tulis pasal sejarah, tradisi, politik, ekonomi dan sosial kampung sendiri.

WZWH pun listkan blog Kampung Mela dalam blog Jerantut. Kampung Mela terletak dalam Daerah Kuala Lipis Mukim Cheka. Kampung Mela merupakan kampung paling hilir Sungai Jelai yang berakhir di Kampung Kuala Tembeling. Ada lagi kampung yang paling hilir sekali iaitu kampung Tanjung Bungor.

Kampung Mela terdiri dari beberapa subkampung lagi seperti Kg Mela Tengah, Kg Selang Dato', Kg Hilir, Kg Atil, Kg Serunai, Kg Temunga, Kg Serdang, Kg Talus, Kg Bungor, Kg Chagah, Kg Gemunchur, Kg Ganding, Kg Temetong, Kg Limau Purut yang terkenal dengan bomoh atau tabib patah, dan Kg Jeram Landak.

Kampung Mela merupakan salah sebuah perkampungan yang berada dalam Mukim Cheka 1. Lokasinya terletak 32 km dari Bandar Jerantut dan 38 km dari Bandar Kuala Lipis. Keluasan kampung ini dalam lingkungan 833 hektar dengan bentuk muka buminya yang berbukit-bukau. Sekolah Kebangsaan Mela merupakan bangunan tertinggi yang terdapat di kawasan ini, tambahan pula kedudukan sekolah tersebut dibina di atas kawasan yang berbukit. Hal ini menjadikan sekolah tersebut sebagai mercu tanda bagi penduduk di kampung ini. Malah, perkhidmatan Kereta api Tanah Melayu yang menghubungkan Daerah Tumpat ke Singapura turut melalui kawasan perkampungan ini.

Penduduk di kampung ini menjalankan kehidupan seharian secara sederhana dan jalinan hubungan sesama penduduk kampung yang baik mewujudkan sebuah perkampungan yang aman dan damai. Penduduk di kampung ini mengekalkan adat resam Melayu yang mementingkan adat sopan dan saling menghormati antara satu sama lain. Amalan ini yang menjadi salah satu keistimewaan yang terdapat pada penduduk di kampung ini.

Sungguhpun Kampung Tanjung Bungor (KTB) terletak dalam Mukim Cheka, Daerah Lipis, namun jaraknya ke bandar Lipis tidak kurang 30 Kilometer. Bandar terhampir adalah bandar Jerantut yang hanya 17 kilometer keselatan (kira-kira 15-20 minit memandu melalui jalan "rollercoaster". Jadi KTB adalah kampung yang paling hilir dalam daerah Lipis jika mengikut aliran sungai Jelai. Pekan yg terhampir adalah Pekan Kuala Tembeling (2 KM) di sebelah Jerantut dan Pekan Mela (4 KM) menghala ke Kuala Lipis. Perkhidmatan bas ke Bandar yang melalui KTB adalah bas Jelai (Transnasional) dan Pahang Ling Siong. Bagi perkhidmatan kereta api, tren henti-henti dari Jerantut - Lipis ada singgah di pekan Mela. Kampung-kampung jiran terutamanya yg terletak diseberang sungai Jelai menghadapi nasib yg sama dengan KTB...tinggal nama...seperti Kampung Paya Bo, Kampung Chagah, Kampung Gemuncur, Kampung Gelugur, Kampung Talus dan lain-lain. Penghijrahan besar-besaran penduduk ke tanah-tanah rancangan Felda pada awal tahun 1970an meninggalkan kampung sehingga lengang. Sebahagian lagi berhijrah dengan membina kerjaya di luar dan enggan pulang apabila pencen. Banjir yang melanda pada tahun 1971 dan 1990 melemahkan semangat anak kampung untuk menetap dan membina rumah di KTB.

WZWH dibesarkan di Kampung Kuala Tembeling lebih kurang 4 batu dari Kampung Mela. Kehidupan kanak-kanak dan remaja (semasa cuti sekolah) banyak dihabiskan di Kampung Kuala Tembeling. Pada awal 1980an ramai budak lelaki di Kg Kuala Tembeling manakala ramai budak perempuan di Kg Mela. Bila Hari Raya selalunya WZWH dan kawan-kawan suka pergi beraya ke Kg Mela kerana ramai remaja perempuan yang cantik di kampung itu.

"First love" WZWH bermula di Kg Mela. WZWH dulu pada awal tahun 1980an pernah ada "girlfriend" di Kampung Mela. Seorang anak dara kampung yang cantik, baik budi bahasa, pandai memasak dan mengemas rumah dan anggun. Itu cerita nostalgia "first love" yang WZWH tidak dapat lupakan.

WZWH telah diberitahu bahawa moyang WZWH yang bernama Wan Ismail bin Tun Salleh mempunyai seorang isteri yang bernama Khaimah merupakan anak Orang kaya Mela. Semasa moyang WZWH mengulangi isterinya di Kg Mela dari Kg Pulau Besar Ulu Tembeling masa itulah Orang Besar Berempat Maharaja Perba Jelai memberi mesej kepada beliau supaya mengambil Wan Ahmad (Sultan Wan Ahmad) dari Ulu Dungun, Terengganu.

Lalu Wan Ismail dan tujuh pendekar Kg Janing datang mengambil Wan Ahmad dan mereka bersumpah setia di Kg Pasir Raja dan bila sampai ke Ulu Tembeling bersama dengan orang Tembeling mudik Sungai Tembeling dan berjumpa dengan orang Jelai pengikut Maharaja Perba Jelai di Pasir Tambang Kg Kuala Tembeling.

Di Pasir Tambanglah pada tahun 1862 Wan Ahmad diangkat oleh orang Tembeling dan orang Jelai memulakan satu revolusi Pahang yang berjaya menjatuhkan Bendarahara Tun (Wan) Mutahir. Sebelum ini sudah berpuluh-puluh serangan  dilancarkan oleh Wan Ahmad tetapi semuanya gagal.

WZWH juga diberitahu keturunan isteri Wan Ismail yang bernama Khaimah ini ada di Kg Limau Purut iaitu keluarga bomoh patah yang terkenal itu.

WZWH dilahirkan di Kuala Lipis pada 21 Januari 1968 di Hospital Kuala Lipis. Selepas itu ketika bayi  WZWH dibawa naik keretapi dari Bandar Kuala Lipis ke Stesen kecil Keretapi Kg Sepial berhampiran Kg Kuala Tembeling melalui Stesen Keretapi Mela.

Ini cerita Mela railway station in memory yang WZWH petik dari Blog Kampung Mela...


Stesen keretapi Mela pada awal tahun 1960an merupakan sebuah stesen yang sentiasa sibuk. Keretapi adalah satu-satunya pengangkutan darat yang terdapat di sini untuk pergi ke bandar seperti Kuala Lipis atau Jerantut. Begitu juga untuk ke tempat-tempat lain seperti Kuala Lumpur Dan Singapura. Perkhidmatan keretapi adalah merupakan nadi utama kepada penduduk kampung untuk bergerak ke destinasi tersebut.


Selain dari itu, stesen keretapi juga menjadi tempat tumpuan aktiviti kepada penduduk kampung. Dari tempat bertemu rakan-rakan untuk berbual, stesen ini juga menjadi tempat tumpuan para peniaga menjual hasil kampung seperti buahan dan sayuran. Pada waktu itu terdapat perkhidmatan keretapi yang dipanggil "serindik" yang membuat perjalanan dari Kuala Lipis ke Kampung Mela Pada pagi dan petang hari. Perkhidmatan mel ekspres juga berhenti menurunkan dan menaikkan penumpang yang hendak pergi ke pantai timur atau selatan termasuk Singapura. Kemeriahan stesen ini amat terasa pada waktu tersebut. Di stesen ini jugalah menjadi tempat bujang dan dara bertemu kali pertama dan mungkin juga membawa ke jinjang pelamin. Kesibukan peniaga jalanan yang menjunjung bakul di atas kepala sambil membuat jualan samada buahan atau makanan kepada para penumpang keretapi pada waktu itu amat memeriahkan suasana.


Stesen ini juga menjadi tumpuan terutamanya apabila ada pertunjukan seperti tayangan wayang gambar (wayang pacak) yang dibawakan oleh pihak Keretapi Tanah Melayu (KTM) untuk menghiburkan pekerja-pekerja keretapi yang tinggal di kuarters KTM. Penduduk kampung turut sama datang beramai-ramai untuk menonton tayangan gambar tersebut. Di kawasan stesen inilah layar dipasangkan untuk penduduk kampung melihat pertunjukan wayang gambar. Penulis masih ingat lagi, tayangan akan diberhentikan sebentar apabila ada keretapi mel ekspres atau barang yang berhenti atau melalui stesen ini. Kemeriahan sekali lagi terasa apabila terdapat gerai jualan seperti makanan dan minuman di sini pada masa pertunjukan tersebut.


Pada zaman dimana penggunaan keretapi wap, stesen ini menjadi tempat untuk mengisi air di lokomotif. Air tersebut untuk menghasilkan wap yang akan menggerakan keretapi tersebut. Terdapat sebuah stesen pam air yang disediakan oleh pihak KTM di Kampung Selang Datuk, dimana sebuah perigi besar digali dan sebuah pam air yang menggunakan arang batu dipasang. Semasa penulis masih tinggal bersama keluarga di Kampung Selang Datuk, setiap pagi kami mandi air panas yang dihasilkan oleh pam air tersebut. Pam air akan dijalan kan pada waktu pagi untuk memenuhkan tangki air yang dipasang berdekatan stesen. Air dari tangki akan disalurkan ke lokomotof apabila diperlukan. Pam air telah tidak digunakan lagi apabila pihak KTM menukar lokomotof berinjin wap kepada injin disel. Semua peralatan termasuk tangki dan hos besar yang terdapat di stesen tersebut telah ditanggalkan.


Kini semuanya tinggal kenangan. stesen yang diperbuat dari kayu keras masih utuh, tetapi kemeriahan stesen ini sudah tiada lagi. Masih terbayang orang ramai yang memenuhi stesen ini terutamanya semasa hari raya kedua apabila ramai penduduk sekitar kampung beramai-ramai berkumpul untuk ke Kuala Lipis melihat tayangan wayang gambar di panggung di bandar Kuala Lipis, maklumlah pada waktu itu tiada siaran televisyen atau video seperti sekarang. Panggung wayang gambarlah yang menjadi tarikan utama.


Stesen Keretapi Mela mungkin akan kembali meriah apabila sistem elektrifikasi keretapi disambung hingga ke Stesen Tumpat. Itupun entah bila.....
 
 
Sumber:
http://wzwh.blogspot.com/2011/02/blog-kampung-mela-nostalgia-first-love.html
 

Saturday, April 16, 2011

PENDUDUK KAMPUNG MELA IKUTI PERKEMBANGAN SEMASA.


Terdapat sebanyak dua (2) halaman di facebook yang menjadi penyambung silatulrahim antara anak-anak perantauan untuk bersama-sama berbincang dan memberikan buah fikiran untuk dikongsi bersama demi memajukan kampung tercinta.

KAMPUNG MELA TENGAH MASA DAHULU (1960an).

Kampung Mela Tengah di tahun-tahun 1960an dahulu merupakan sebuah penempatan yang amat meriah sekali. Dengan jumlah penduduk yang agak ramai berbanding pada masa sekarang yang tinggal hanya beberapa buah rumah sahaja. Di sinilah aku tinggal bersam keluarga tersayang.....

AKTIVITI BELIA DI KAMPUNG MELA.


KUALA LIPIS 7 April - Skuad Prihatin Gerakan Belia 4B (Belia 4B) Lipis mengambil inisiatif membaik pulih rumah seorang warga emas, Kamariah Ibrahim, 75, di Kampung Mela Hilir dekat sini baru-baru ini.
Program gotong-royong selama dua hari melibat 20 ahli skuad itu diketuai Pengerusi Belia 4B Pahang, Ahmad Daniar Ismail.

Selain membaik pulih rumah, Kamariah turut menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM500 dan hamper makanan. Hadir sama, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Lipis, Badrul Hisam Mat Yasin dan Bendahari Majlis Belia Lipis (MBL), Ruzaidi Musa. Ahmad Daniar ketika ditemui berkata, pihaknya terpanggil untuk membantu warga emas terbabit selepas menerima laporan mengenai kesulitan hidupnya daripada Belia 4B cawangan Kampung Mela, baru-baru ini.

''Kami turun beramai-ramai bergotong-royong membantu membaik pulih bahagian dapur, dinding dan atap rumahnya yang rosak. Kami juga memberi sumbangan tikar getah supaya rumah warga emas ini ceria," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Kampung Mela Hilir, dekat sini semalam.
Menurut Ahmad Daniar, program kemasyarakatan itu bertujuan menerapkan nilai-nilai kasih sayang antara golongan belia dengan warga emas, ibu tunggal dan penduduk miskin luar bandar.

Sementara itu, Ruzaidi berkata, MBL berterima kasih kepada Belia 4B Lipis yang melaksanakan tanggungjawab sosialnya kepada penduduk di sini. ''Kita berbangga dengan komitmen yang ditunjukkan golongan belia untuk membantu meringankan beban penduduk miskin," katanya.

Menurut beliau, kegiatan seumpama itu dapat mengeratkan hubungan antara Belia 4B yang bernaung di bawah MBL dengan agensi tertentu.Dalam pada itu, Kamariah yang tinggal bersendirian bersyukur dan berterima kasih kepada Belia 4B Pahang dan MBL kerana bergotong-royong menyiapkan rumahnya.

Dipetik dari UtusanOnline.

Thursday, October 21, 2010

KOMUNIKASI SATELIT DI KAMPUNG MELA.

Sistem VSAT di Kmpung Mela.

Apabila kita pulang ke Kampung Mela, adakah kita perasan terdapat sistem komunikasi satelit di kampung kita?. Terletak di dalam kawasan Poliklinik Kesihatan Mela, sistem yang dipanggil VSAT untuk kemudahan penyambungan perkhidmatan internet kepada penduduk kampung. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sistem komunikasi satelit klik di sini.


When we returned to the village Mela, whether we realize there are satellite communication systems in our village?. Set within Polyclinic Health Mela, called VSAT system for easy Internet connectivity services to the residents. To learn more about satellite communications system, click here.


Cuando regresamos a la aldea Mela, si nos damos cuenta de que hay sistemas de comunicación por satélite en nuestro pueblo?. Ubicado en la Policlínica de Salud Mela, denominado sistema VSAT para facilitar los servicios de conexión a Internet a los residentes. Para obtener más información acerca de sistemas de satélites de comunicaciones, haga clic aquí.


Quand nous sommes rentrés à la Mela village, si nous savons qu'il existe des systèmes de communication par satellite dans notre village?. Situé dans la polyclinique de la santé Mela, appelé système VSAT pour faciliter les services de connectivité Internet pour les résidents. Pour en savoir plus sur les communications par satellite, cliquez ici.


Als wir in das Dorf zurückgekehrt Mela, ob wir erkennen, gibt es Satelliten-Kommunikationssysteme, die in unserem Dorf?. Inmitten Poliklinik Gesundheit Mela, genannt VSAT-System für einfache Internet-Connectivity-Dienste für die Einwohner. Um mehr über Satellit Kommunikationssystem, klicken Sie hier.



Wednesday, October 20, 2010

MENGEMPING PADI....

Padi pulut yang hampir masak sesuai dibuat emping
Padi digoreng sebelum ditumbuk dalam lesung
Lesung pijak/lesung indek.
Padi didalam lesung dikacau semasa menumbuk emping.
Rupabentuk emping.... hampir sama dengan Quaker Oat.....

Emping ????.... apa tu pak??. Itulah jawapan yang aku terima dari anak aku yang memang dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana kehidupan di bandar. Semasa aku masih budak kampung, emping adalah merupakan makanan pagi atau petang. Emping dibuat dari padi pulut yang hampir masak dan mengemping biasanya dilakukan pada sebelah malam dimusim menuai. Ketika inilah akan kedengaran bunyi lesung indek bertingkah dari lokasi mengemping. Acara mengemping padi dilakukan hampir setiap malam. Kalau di kampung tempat aku tinggal, mendengar sahaja bunyi tingkahan lesung, sudah tahu di rumah siapa yang ada acara membuat emping. Bunyi tingkah lesung seakan-akan satu pesta pada masa itu.  Pada setiap malam, terdapat tiga atau empat rumah membuat emping dan kita akan mendengar bunyi lesung seakan-akan berlawan antara satu sama yang lain. Acara mengemping juga secara tidak lansung menjadikan hubungan erat antara penduduk kampung aku.
Berbalik kepada pertanyaan anak aku, jawapan yang  mudah adalah ... "macam Quaker oat ..". "Ooooo ..." katanya, dan barulah aAnak aku faham.



Emping????.... what is it?. That's the answer I received from my son who was born and raised in an atmosphere of urban life. When I was a kid, chips are a morning or evening meals. Flakes made from glutinous rice is almost cooked and season 'mengemping' usually done at night of harvest season. When this is the sound of 'lesung' from a location index 'mengemping' difficile. In the village, just listen to the sound of 'lesung', you already knew which home who have made the event scale. The sound of a 'lesung' like behavior will be a party at the time. In fact, every night, there are three or four houses that make the chips and we will hear a 'lesung'-like fight each other. Events 'mengemping' also indirectly makes a link between the villagers.

Returning to the question my son, the simplest answer is ... "something like Quaker 
Oat ..". "Ooooo ..." he said, and then they knew it......



Emping ????.... ¿qué es?. Esa es la respuesta que he recibido de mi hijo, que nació y se crió en un ambiente de vida urbana. Cuando yo era un niño, los chips son comidas por la mañana o por la noche. Copos hecho de arroz glutinoso cocido y es casi "mengemping la temporada normalmente se hace en la noche de la temporada de cosecha. Cuando este es el sonido de 'lesung desde difficile' mengemping "un índice de localización. En el pueblo, sólo escucha el sonido de 'lesung', que ya sabía que en casa que han hecho la escala de eventos. El sonido de un 'lesung el comportamiento como será una fiesta en el tiempo. De hecho, todas las noches, hay tres o cuatro casas que hacen los chips y vamos a escuchar una "lucha lesung'-como los demás.'Mengemping "Los eventos también indirectamente establece un vínculo entre los habitantes del pueblo.
Volviendo a la pregunta de mi hijo, la respuesta más simple es ... "Algo así como QuakerDe avena .. "." Ooooo ... "dijo, y luego lo sabía ......





Emping ????.... c'est quoi?. C'est la réponse que j'ai reçue de mon fils qui est né et a grandi dans une atmosphère de vie urbaine. Quand j'étais gosse, puces sont un repas du matin ou le soir. Flocons de riz gluant est presque cuit et «mengemping« saison fait généralement la nuit de la saison des récoltes. Lorsque tel est le son de 'lesung chez difficile »mengemping' un indice de l'emplacement. Dans le village, il suffit d'écouter le son de «lesung, vous le saviez déjà que la maison qui ont fait l'échelle de l'événement.Le son d'un «lesung comportement des autres, sera une partie à l'époque. En fait, tous les soirs, il ya trois ou quatre maisons qui font les puces et nous allons entendre une «lutte lesung'-s'aiment. «Mengemping« Événements également fait indirectement un lien entre les villageois.
Revenant à la question de mon fils, la réponse la plus simple est ... «Quelque chose comme Quaker D'avoine .. "." Ooooo ... dit-il, et puis ils l'ont su ......



Emping ????.... Was ist das?. Das ist die Antwort, die ich von meinem Sohn, geboren und aufgewachsen in einer Atmosphäre des städtischen Lebens erhalten. Als ich ein Kind war, sind Chips ein Morgen-und Abendessen. Flakes aus klebrigem Reis ist fast gekocht und Saison mengemping "meist nachts von Erntesaison getan. Wenn dies ist der Klang der "Lesung" von einem Standort-Index 'mengemping "difficile. In dem Dorf, nur um den Klang der "Lesung" Sie wussten schon hören, die Heimat, die die Veranstaltung Maßstab gemacht haben. Der Klang einer "Lesung" Verhalten wird eine Partei an der Zeit sein. In der Tat, jede Nacht gibt es drei oder vier Häuser, die Chips, und wir hören ein "lesung' wie sich gegenseitig bekämpfen. Events 'mengemping "macht auch indirekt eine Verbindung zwischen den Dorfbewohnern.
Rückkehr auf die Frage, mein Sohn, ist die einfachste Antwort ... "So etwas wie QuakerHafer .. "." Ooooo ... "sagte er, und dann wußte es ......

Monday, October 18, 2010

SATU DUNIA TAHU DI MANA KAMPUNG MELA.....

Bayangkanlah di books.google.com pun memaklumkan kepada pelancung asing menggunakan perkhidmatan keretapi dari stesen Kampung Mela. Satu dunia pelancung baca ni.... macamana pehak berkenaan masih tidak nampak kepentingan Stesen Keretapi Mela.........

Berita selanjutnya. Klik sini.